Kepada Puan Ng (Pengetua Sekolah Menengah Springfield),
Tujuan utama saya menulis ini adalah kerana saya ingin mengadu kepada puan tentang tahap kebersihan di sekolah ini. Saya akan memberitahu puan tentang apa yang kotor dan tentang bagaimana orang lain terjejas.
Di satu bahagian sekolah kami , di kantin tempat meletak pinggan dan mangkuk khususnya, terdapat banyak kotoran seperti makanan bersepah-sepah, sampah sarap dibuang sembarangan dan berbau busuk. Mereka pun tidak meletak pinggan mangkuk ke tempat asalnya. Kalau boleh, kami sebagai murid sekolah harus diberi amaran sekali dan jika mereka buat lagi, mereka harus didenda .Contoh, mengutip sampah, mencuci pinggan mangkuk dan lain-lain.kita harus mendenda mereka supaya mereka tidak membuat perkara buruk itu lagi.
Tambahan lagi, tandas kita juga amat kotor dan bau busuk. Selepas murid-murid menggunakan tisu, mereka akan melemparnya di dinding atas. Juga selepas mereka membuang air , mereka tidak pam jamban. Kadangkala, mereka tidak mencuci tangan selepas membuang air. Setelah itu, mereka akan makan. Itu yang membuat mereka senang sakit.
Pada pendapat saya, kita harus mencuci tangan kerana kuman boleh melekat di tangan jika kita tidak mencuci tanggan. Kita boleh membuat sebuah poster untuk menampal di pintu supaya mereka akan ingat untuk mencuci tangan. Juga kita boleh mendenda murid murid yang membuang sampah sembarangan. Kita pun harus menjaga kebersihan kita supaya tidak menjangkit orang lain. Kita pun harus berkerjasama supaya sekolah kami akan jadi bersih dan mesra-alam di kawasan sekolah kami. Kami berharap Puan akan melakukan sesuatu terhadap perkara ini dan murid-murid itu pun harus di hukum supaya merak akan menjaga persekitar sekolah.